Fungsi Ping Blog atau Website untuk SEO

Apa itu PING ?

“PINGING” adalah proses untuk memberitahu google untuk “merangkak” atau erti kata lain mengimbas ke kembali blog anda. Dalam bahasa inggerisnya “CRAWL”

Untuk mengindeks halaman web, anda perlu Ping halaman BLOG anda & link untuk diindeks.

Ini kerana apabila anda publish blog anda link tersebut lambat diindeks oleh google. Jadi proses ini boleh digunakan untuk cepatkan halaman blog anda diindeks.

“Pinging adalah proses membiarkan enjin carian tahu bahawa terdapat kemas kini baru-baru ini di laman web anda.”

Ping website secara percuma?

Anda boleh ping blog atau website anda secara percuma melalui website ping yang banyak disediakan. Website ping ini sejenis alat berasaskan talian yang akan menghantar URL yang diberikan kepada beberapa enjin carian, direktori, komuniti, agregator kandungan dan beberapa tempat lain.

Berikut merupakan senarai website yang menyediakan pinging secara percuma

 

Bagaimana cara menggunakan ping tools ni?

Anda hanya perlu meletakkan URL yang anda mahu ping dan menulis tajuk halaman blog anda, kemudian klik pada ping atau butang submit untuk memulakan proses. Selepas beberapa saat, anda akan melihat mesej pengesahan. Semudah ABC.

 

Semoga info ini dapat dimanfaatkan dan dikongsi bersama-sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *