Lagu MAMBANG – Altimet bukan tuju dekat Malique?

Okey satu dua minggu ni trending pasal lagu MAMBANG – Altimet dan lagu-lagu yang dikatakan balasan untuk lagu MAMBANG antaranya Gong Nekara – Kmy Kmo ft Luca Sickta dan juga lagu Ben Ladin – Hikayat Benladin selepas itu. Ramai netizen menganggap lagu MAMBANG yang ditulis dan dinyanyikan Altimet ditujukan kePada Malique. Betul ke?

Okey dekat sini kita boleh tengok lirik MAMBANG

untuk makluman Malique telah terbitkan 3 album dalam masa 9 tahun antaranya OK (2008), KO : The Mixtape (2009) dan paling baru berjudul TKO : Pejamkan Mata

Selain itu dalam lagu MAMBANG juga ada menyebut lagu yang diulang

kalau anda perasan dan dengar lagu-lagu Malique yang sebelum ini pasti tahu lagu yang liriknya berulang nukilan Malique iaitu Cerita Kedai Kopi dan Rahsia

 

 

Lirik dalam lagu Rahsia

Bagaimanapun Altimet sendiri mengakui bahawa lagu MAMBANG bukanlah ditujukan kepada Malique tetapi kepada dirinya sendiri.

Ape pendapat anda tentang lagu MAMBANG?

Bagi admin kemunculan lagu-lagu ini merancakkan lagi industri muzik tanah air dan memartabatkan bahasa melayu itu sendiri di mana semenjak dua menjak ini kita dapat melihat penggunaan bahasa melayu yang adakalanya jarang kita dengar dan penuh dengan isi yang tersurat dan tersirat.

Lagu-lagu seperti inilah yang sepatutnya diangkat dalam industri seni tanah air bukannya lagu yang tiada nilai dan hangat-hangat tahi ayam seperti artis-artis Youtube yang mencari jalan mudah untuk menjadi terkenal sedangkan artis-artis dulu belajar pelbagai teknik seperti vokal dan sebagainya untuk menjadi penyanyi.

Sekian, Terima Kasih dari admin selaku detektif Conan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *