Cara Tukar Hak Milik Kenderaan

 

 

Cara tukar hak milik kenderaan sebenarnya mudah sahaja. Dulu memang tak perlu renew insurance dan roadtax dulu tapi kini perlu renew insurance and roadtax. Bagi kereta perlu ke PUSPAKOM dulu untuk check kenderaan, bagi motocycle pulak hanya perlu renew roadtax dan insurance sahaja. Cara-cara nye :

  1. Pastikan pemilik asal tukar nama dahulu, sekiranya anda jauh daripada tuan asal sediakan salinan IC anda untuk beliau.
  2. Selepas itu anda perlu renew insurance, walaupun insurance motorcycle anda masih hidup. (cakap pada agent insurance, insurance baru  dibuat atas nama pemilik baru)
  3. Kemudian barulah anda pergi ke JPJ yang terdekat untuk urusan tukar nama anda pulak. PASTIKAN anda bawa bersama geran moto, details insurance yang baru dan IC anda.

Roadtax boleh buat dikaunter bersama-sama dengan tukar nama tu. Bagi motor 200cc perlukan sediakan RM30 untuk renew roadtax, bagi motorcycle bawah 200cc hanya perlu bayar RM2 sahaja. RM3 untuk urusan tukar nama, senangkan.

Pemilik perlu pergi sendiri ke JPJ untuk urusan tukar nama ni, tetapi insurance wakil boleh tolong buatkan tapi pastikan anda bagi salinan IC juga. Masa min tukar nama hari tu min pg ke JPJWKL sebab waktu operasi nye 7.45 pagi dan itu sangat memudahkan min sebab tak perlu masuk office kemudian keluar balik. Sebab sekiranye kita dah selesaikan number 1 dan 2 urusan jadi mudah tak sampai 5 minit pun.

17 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *