Nasi Goreng Tomyam Sayang

Nasi goreng tomyam sayang ni mudah sahaja tambah pula dihidang dengan ikan bilis  ranggup dari pulau pangkor memang terangkat sangat.

Bahan-bahan;

  1. 1 1/2 pot nasi putih
  2. 5 biji tangkai cabai melaka (mengikut selera pedas masing-masing)
  3. 2 biji tomato (dipotong)
  4. sebatang serai  (dipotong)
  5. 5 helai daun limau purut  (dipotong)
  6. 300g daging
  7. 1 pek perencah tomyam
  8. 2 ketul kiub perencah tomyam
  9. 2 sudu cili kisar

Cara Penyediaan;

  1. tumis cili kisar dan perencah tomyam bersama daging (tunggu sehingga daging betul2 lembut)
  2. kemudian masukan nasi putih, kacau sehingga rata dengan rencah
  3. kemudian masukan tomato,daun limau purut, cabai melaka dan serai
  4. masukan kiub tomyam dan garam
  5. ratakan semua bahan-bahan tersebut (tunggu sehingga naik bau yang enak)

SIAP !!! dihidang bersama ikan bilis terangkat gitu :p

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *