Apa itu Domain dan Web Hosting?

Domain dan Web Hosting merupakan dua perkara yang berbeza, namun kedua-duanya diperlukan jika anda ingin mempunyai laman web (website) anda sendiri. Kita pahami dulu apa itu Web Hosting.

1.Web Hosting

Web Hosting menyediakan ruang web yang anda perlukan untuk menerbitkan sebuah laman web supaya dapat dilihat 24 ×7 melalui internet (24 jam sehari 365 hari setahun). Ia juga menyediakan anda ciri-ciri lain seperti akaun e-mel peribadi, pangkalan data dan banyak lagi.

Untuk memudahkan anda faham, web hosting menyediakan tempat dimana anda boleh pamerkan website anda seperti anda mempunyai rumah tetapi anda perlu ada alamat untuk pelawat untuk datang ke rumah anda. Dan alamat rumah anda ialah domain.

2. Domain.

Nama domain adalah seperti alamat jalan yang mengarahkan orang ke lokasi tapak web anda contoh sEperti blog ini www.jomsantai.com . Hosting juga diperlukan untuk mempunyai domain dimana kita memanggilnya domain hosting.

Anda boleh untuk membeli Web Hosting dan Domain dari pembekal yang berbeza. Tidak semestinya dari pembekal yang sama. Contoh anda membeli hosting dengan Hostgator dan anda membeli domain dari Go Daddy.

3. Mana nak beli domain dengan web hosting?

Untuk permulaan admin cadangkan anda untuk cuba dapatkan hosting dan domain di SyokHosting.

Harga untuk hosting oleh syarikat ini adalah mampu milik dan amat berpatutan. Anda boleh cuba sekiranya mahu berjinak jinak dengan dunia blogger.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *