Apa itu Backlink? Link Pautan

Backlink(link pautan) adalah pautan satu laman web dari laman web lain. Backlinks memberi impak yang besar pada keunggulan laman web dalam hasil carian enjin. Inilah sebabnya mengapa backlink dianggap sangat berguna untuk meningkatkan ranking laman web SEO. Enjin carian mengira kedudukan menggunakan beberapa faktor untuk memaparkan hasil carian.

Backlinks mestilah semula jadi, ini bermakna laman web tidak boleh menggunakan cara tiruan atau palsu untuk membuat pautan balik untuk laman web mereka sendiri. Kualiti backlick lebih penting daripada kuantiti. Bermaksud backlick yang sedikit dan berkualiti lagi baik daripda backlick yang banyak.

Contoh: Laman web A adalah sebuah restoran dan mendapat backlink dari Website B yang merupakan blog atau laman web peninjau makanan yang popular. Ini adalah backlink berharga, semulajadi dan relevan yang diperolehi Laman Web A.

Disebabkan kepentingan link pautan, terdapat banyak amalan buruk yang diikuti oleh pemilik laman web untuk mendapatkan backlink. Sebahagian daripada amalan buruk ini ialah: membeli pautan balik, rangkaian pertukaran pautan, menjual pautan balik, dan sebagainya. Kebanyakan amalan ini tidak disyorkan oleh enjin carian. Google biasanya akan mngambil tindakan terhadap  laman web yang disyaki terlibat dalam amalan sedemikian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *