Cara Transfer ke Akaun Tabung Haji menggunakan CIMBclicks.

Ramai, pendeposit yang ingin membuat agihan potongan gaji kedalam akaun Tabung Haji (TH) yang lain seperti akaun TH isteri, anak atau ibu bapa. Tetapi tidak mempunyai kesempatan untuk mengisi Borang Potongan Gaji JP010 & JP010-01 Pindaan (1/2014) . 

Hal ini kerana, borang tersebut perlu diambil sendiri diman-mana kaunter TH yang berdekatan kerana borang itu adalah borang berkarbon.

Dek disebabkan kesukaran untuk meluangkan masa ke kaunter TH makanye ada cara mudah utk transfer duit ke acc TH kita or account TH yang lain.

Caranya semudah a.b.c ;

1. Masukkan ID Pengguna yang telah didaftarkan dengan CIMB Clicks dan masukkan kata laluan

2.Pilih menu Pay, sistem akan memaparkan drop down menu Bills dan CIMB Credit Card

3. Paparan pada Pay Bills ;

4. Pada ruangan From: ‘Select an account’, pilih akaun untuk melakukan pindahan.

5. (a) Pada ruangan To: terdapat dua ‘button’. Pilih ‘button’ KEDUA – Enter Biller Name or Biller Code

(b) Pada ruangan Enter Biller Name or Biller Code, taipkan ‘Lembaga Tabung Haji’.

6.  Akan pop-up screen lain untuk pengguna memasukkan no akaun TH dan maklumat lain.

7.  Masukan no IC penerima

8.  Masukan jumlah yang ingin dipindahkan ke account penerima.

9.  Masukan nickname nama penerima * tandakan [ / ] sekiranya anda mahu tambah transaksi ini kedalam favourites list anda. 

10. Sekiranya anda mahu membuat pembayaran serentak ke akaun TH yang kedua anda boleh pilih Add Another Bill ,      

11.  Selepas klik Add Another Bill, pop-up message seperti berikut akan dipaparkan.

12. Anda perlu segera klik pada OK button sekiranya anda mahu buat dua pembayaran serentak.

13. Kemudian anda perlu ulangi langkah 4-9 

14. Setelah selesai semuanya anda perlu klik pada Proceed to Payment untuk membuat pembayaran.

15. Pengguna perlu memohon mendapatkan kod TAC untuk tujuan pengesahan. TAC perlu didaftarkan di nombor telefon penerima.

16. Masukkan kod TAC yang telah diterima melalui telefon bimbit.

17. Anda akan menerima pengesahan dari sistem samada transaksi berjaya atau tidak dilakukan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *