Cara Membuat Poster Menggunakan Powerpoint

Zaman berubah masa mengorak langkah, berikut merupakan cara membuat poster menggunakan Power Point 2013 

1- Buka powerpoint, klik  DESIGN

2- Selepas itu klik Slide Size (untuk pilih size)

3- Pilih Custom Slide Size

Picture1

4- Selepas itu, klik  Slides sized for klik A3 Paper (297x420mm) atau saiz yang dikehendaki

5- Klik pada Orientation field, pilih sama ada  landscape or potrait (mengikut kesesuaian poster) . Selepas itu klik OK, boleh pilih sama ada “Maximize” atau “Ensure Fit”

Picture2

6- Untuk background, boleh pilih dari design yang dah ada dalam words atau boleh “google” gambar yang mempunyai dpi 300(high resolution photo)

Picture3

7- Selepas itu klik Text Box (untuk tulis text), dan taip maklumat yang ingin diletakkan.

Picture4

8- Apabila design sudah siap, klik pada FILE

Picture5

9 –    Klik EXPORT

10-  Pilih Create PDF/XPS

11- Kemudian klik Create PDF/XPS – dan klik PUBLISH 

Picture6

Atau boleh juga guna kaedah seperti dibawah

12- Klik Save As

13-Klik Computer

14- Klik Browse untuk simpan lokasi file

15- Klik Save as type

16- Pilih PDF

17- Klik Save

Picture7

Poster yang telah siap…

 

boleh juga ke blog ini untuk tutorial yang sama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *